Ini buah nanas.
Ia berbentuk bujur.
Buah nanas berwarna kuning.
Jus nanas sedap diminum.
Nanas bervitamin C.
Durian
Ini buah durian.
Buah durian berduri.
Ia berwarna hijau.
Isinya sedap dimakan.
Buah durian bermusim.
Bunga Mawar
Bunga mawar ini cantik.
Bunga mawar berwarna merah dan putih.
Batang bunga mawar berduri.
Bau bunga mawar harum dan segar.
Bunga mawar boleh dijadikan sebagai buah tangan.
Bunga Matahari
Bunga matahari.
Bunga matahari berbentuk matahari.
Saiznya besar dan berwarna kuning.
Ia selalu menghala matahari.
Bijinya boleh dimakan sebagai kuaci.
Buku
Ini buku.
Ada banyak jenis buku.
Buku diperbuat daripada kertas.
Buku boleh dibeli dan dipinjam.
Membaca buku adalah hobi yang menarik.
Membaca buku dapat menimba ilmu.
Jam
Ini jam.
Jam ada dua jarum.
Jarum pendek menunujukkan masa.
Jarum panjang menunujukkan minit.
Jarum ada dua belas nombor.
Jam membantu kita mengetahui masa.
Telefon
Ini telefon.
Telefon sangat berguna kepada kita.
Kita boleh berbual menggunakan telefon.
Kita boleh menggunakan telefon semasa kecemasan.
Kita mesti bercakap dengan jelas dan ringkas.
Kasut
Kasut adik.
Kasut adik berwarna biru.
Kasut adik sangat bersih.
Dia suka pakai kasut ini.
Dia menyimpan kasut di rak kasut.
Kapal Terbang
Kapal terbang.
Kapal terbang ini besar dan cantik.
Ia terbang tinggi di udara.
Ia membawa ramai orang.
Saya ingin menaiki kapal terbang.
Bas
Ini bas.
Ini bas sekolah.
Bas sekolah ini berwarna kuning.
Murid-murid menaiki bas sekolah.
Mereka beratur semasa menaiki bas sekolah.
Perahu
Ini perahu.
Ini perahu papan.
Perahu berlayar di sungai.
Bapa saya ada sebuah perahu.
Dia menangkap ikan dengan perahu.
_________________________________________
__Feri
Feri.
Ini feri Pulau Pinang.
Feri ini besar dan panjang.
Feri membawa kereta.
Ramai orang menaiki feri.
Saya pun suka naik feri.
Ayam
Ini ayam.
Ini ayam jantan.
Bulunya berwarna-warni.
Ia makan padi dan cacing.
Ayam jantan berkokok pada waktu pagi.
Bangau
Burung bangau.
Burung bangau berwarna putih.
Kakinya kurus dan panjang.
Bangau pandai menangkap ikan.
Bangau suka terbang tinggi.
Ikan Emas
Saya ada sepasang ikan emas.
Ikan emas saya sangat cantik.
Ia bernafas dengan insang.
Ikan emas saya makan cacing.
Saya sangat sayang kepadanya.
Rama-Rama
Ini rama-rama.
Rama-rama ini cantik.
Sayap rama-rama cantik.
Rama-rama mengisap madu.
Ia mengisap madu dari bunga.
Hobi saya menangkap rama-rama.
Layang-Layang
Ini layang-layang.
Layang-layang terbang tinggi.
Layang-layang saya sangat cantik.
Saya suka bermain layang-layang.
Saya bermain layang-layang di padang.
Ular
Ini ular.
Ini ular tedung.
Ular tedung sangat berbisa.
Ular tedung tinggal di hutan.
Badannya licin dan berkilat.
Ualar tedung menyusur di tanah.
Lobak Merah
Lobak merah.
Lobak merah berwarna merah.
Lobak merah sedap dimakan.
Lobak merah boleh dibuat gulai.
Ia mengandungi zat besi.
Arnab suka makan lobak merah.
Rambutan
Ini buah rambutan.
Rambutan berwarna merah.
Kulitnya berbulu.
Ulasnya putih dan bujur.
Ramai suka makan buah rambutan.
Nyamuk
Ini nyamuk.
Badan nyamuk kecil.
Ia mempunyai enam kaki.
Ia membiak di dalam air.
Nyamuk boleh mengigit kita.
Ia membawa penyakit demam denggi.
Lalat
Lalat ialah sejenis serangga.
Lalat berkaki enam.
Lalat suka tempat yang kotor.
Ia membawa kuman.
Kuman itu membawa penyakit taun.
Rumah
Ini rumah.
Rumah ini cantik.
Rumah ini dibeli oleh bapa saya.
Ia diperbuat daripada batu bata.
Kami sekelusrga tinggal di rumah ini.
Kita perlu menjaga kebersihan rumah.
Sekolah
Ini sebuah sekolah.
Guru-guru mengajar di sekolah.
Murid-murid belajar di sekolah.
Saya rajin pergi ke sekolah.
Bunga Raya
Ini bunga raya.
Bunga raya ada lima kelopak.
Bunga raya berwarna merah.
Bunga raya adalah bunga Kebangsaan.
Bunga raya boleh digunakan untuk membuat ubat.
Orkid
Ini bunga orkid.
Bunga orkid berwarna ungu.
Terdapat banyak jenis bunga orkid.
Rumah saya ada sebuah taman orkid.
Bendera Malaysia
Ini bendera.
Ini bendera Malaysia.
Bendera Malaysia ada empat belas jalur.
Jalur-jalurnya berwarna merah dan putih.
Ia juga ada anak bulan dan bintang.
Petai
Saya sepapan petai.
Saya berwarna hijau.
Badan saya panjang.
Saya berada di pokok yang tinggi.
Di dalam badan saya ada biji.
Biji saya sedap dimakan dengan sambal belacan.
Kambing Biri-Biri
Ini kambing biri-biri.
Ia suka makan rumput.
Kambing ini boleh didapati di tempat sejuk.
Bulunya boleh dibuat baju sejuk.
Australia terkenal dengan kambing biri-biri.
Gajah
Ini gajah.
Badan gajah sungguh besar.
Gajah ada sepasang gading.
Gajah tinggal di dalam hutan.
Kita boleh melihat gajah di dalam hutan.
Membaca
Marilah kita membaca buku,
Buku itu sebagai guru,
Guru mendidik membri ilmu,
Supaya hidup bahagia selalu.
Hujan
Hujan ! oh, hujan !
Turun lebat-lebat,
Katak puru nak mandi.
Katak pisang nak lompat.
Guru Saya
Guru saya.
Nama guru saya Encik Lim.
Dia seorang baik hati.
Dia mengajar matematik.
Cik Meena sangat rajin.
Saya suka belajar dengan Encik Lim.
Polis
Bapa saya seorang polis.
Dia bekerja di balai polis.
Tugasnya menjaga keselamatan.
Dia seorang tegas dan cekap.
Dia setia kepada raja dan Negara.
Jururawat
Ini kakak saya.
Kakak say seorang jururawat.
Tugasnya menjaga pesakit.
Dia bekerja di hospital.
Dia seorang peramah.
Dia sentiasa mengambil berat terhadap pesakit.
Peguam
Peguam seorang yang baik.
Dia bekerja di mahkamah.
Saya bercita-cita hendak menjadi peguam.
Belajarlah bersungguh-sungguh untuk menjadi peguam.
Basikal Ani
Ani ada sebuah basikal.
Dia selalu mencuci basikal.
Basikal Ani bersih dan cantik.
Dia menyimpan basikal di dalam setor.
Ani mengayuh basikal ke sekolah.
Tabung
Ini tabung duit.
Ini tabung keluarga saya.
Kami menyimpan duit duit di dalam tabung.
Kami suka berjimat-cermat.
Proton Wira
Ini kereta proton.
Namanya Proton Wira.
Proton Wira adalah kereta Malaysia.
Proton Wira murah dan sangat selesa.
Ramai membeli Proton Wira.
Kita mesti bangga dengan kereta Malaysia.
Kebersihan
Anak ayam makan padi,
Padi tanam di atas bukit.
Bangun pagi mesti mandi,
Elak diri daripada penyakit.