DINO DAN
KAWAN – KAWANNYA
Suatu
masa dahulu , ada seekor dinasor yang bernama Dino. Pada satu hari , Dino
berjalan – jalan dengan kawannya Si Kerbau.Tiba – tiba , mereka ternampak kawan
mereka Si Merah , seekor ayam.
“Eh ,Si
Merah! Kenapa kamu nampak cemas ?”Tanya Dino. “
Tolonglah
saya , wahai kawan – kawan . Anak saya telah ditangkap dan dibawa ke dalam
hutan oleh seekor serigala yang jahat ,” Si Merah menceritakan.
Dino , Si
Kerbau dan Si Merah mencari merata – rata . Tiba- tiba , mereka terdengar suara
tangisan Si Anak Ayam datang dari sebuah gua. Mereka menjenguk ke dalam. Sang
Serigala telah mengikat Si Anak Ayam dan
keluar dari gua, dengan harapan dapat
memburu seekor binatang yang lebih besar.
Dino dan
kawan – kawannya memerhatikannya. Si Anak Ayam menangis , “Wuahh!”Dia berasa
lapar dan tidak terdaya. Pada ketika itu , Si Merah , Dino dan Si Kerbau
berlari masuk ke dalam gua.Mereka berasa gembira yang Si anak Ayam selamat.Sang
Serigala tidak Berjaya mendapat apa-apa setelah berkeliaran di dalam
hutan.Maka,dia bercadang untuk balik ke dalam gua.Apabila balik ke dalam gua,
Sang Serigala berasa terkejut .
Dino dan
Si Kerbau sedang menunggunya dia dengan marah sekali.Sebaik sahaja Sang
Serigala masuk, Si Kerbau meluru ke arahnya.Sang Serigala berasa takut.Dia cuba
lari untuk menyelamatkan diri.Si Merah memeluk anaknya.”oh,anakku!Ibu gembira
yang kamu selamat!”Dino turut berasa gembira
.Tetapi
tugas Si Kerbau tidak selesai lagi.Dia mula mengejar Sang Serigala .”Kamu tidak
akan dilepaskan kali ini!”jerit Si Kerbau.Setelah memberi pengajaran yang
sepatutnya kepada Sang Serigala,Si Kerbau berjumpa semula dengan
kawan-kawannya.Si Merah berasa terharu.Selepas itu,mereka balik ke rumah Si
Merah.”Sang Serigala tidak akan kembali lagi,”Dino dan Si Kerbau memberitahu.
Jauh dari
situ,Sang Serigala berjalan dengan tempang sambil mengerang dalam
kesakitan.Sang Serigala telah mendapat balasan yang sewajarnya.
0 comments:
Post a Comment